PUNDUDUK AKAN MEMBANTAH!!
Tindakan Kerajaan Negeri Perak yang akan membangunkan Kampong Seri Aman dan Kg. Batu di Menglembu, mengikut konsep pembangunan bersepadu RPT, akan dibantah oleh para penduduknya. Ini kerana melalui konsep ini penduduk akan dibebani dengan bayaran pembangunan (tambahan) yang mungkin mencapai antara RM8,000.00 hingga RM12,000.00 bagi satu hakmilik. Menurut sumber, penduduk lebih senang jika permohonan mereka diluluskan atas dasar individu disebabkan asas-asas yang telah mereka nikmati seperti api dan air sekarang, adalah atas inisiatif mereka sendiri. Ada di antara penduduk itu telah menetap hampir tiga puluh tahun lamanya.
Kg. Seri Aman dan Kg. Batu mempunyai penduduk melebihi 500 buah keluarga. Mereka telah menetap di kampong tersebut sejak awal tahun 70'an lagi. Semasa pentadbiran Tan Sri Ramli Ngah Talib (TSR), beliau juga sudah membuat 3 kali lawatan ke kampong tersebut, namun tidak mencapai apa-apa keputusan.
Kali terakhir kehadiran MB Perak itu ialah pada tahun 1994 semasa UMNO berkempen pilihanraya. Menurut TSR, keputusan sudah dibuat berhubung dengan permohonan oleh penduduk-penduduk. 'Sila hubungi Pentadbir Tanah Daerah bagi maksud ini. Saya sudah membuat keputusan' ujar beliau dalam kempen pilihanraya tahun 1994 itu.
Akhir-akhir ini dipercayai kerajaan negeri menyerahkan pembangunan kampong tersebut kepada dua syarikat kroninya iaitu Real State Sdn. Bhd dan Principle Properties Sdn. Bhd. Salah satu syarikat ini dipercayai dimiliki oleh Ketua UMNO Cawangan Kuala Pari Hilir iaitu En. Mohd Khalid atau oleh YB Yusuf Kassim sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian Kinta.~MR
Sumber 'mat mata'