SIAPA DI SEBALIK TABIR PRINCIPLE PROPERTIES?

Tuan Hj. Abdul Rahman adalah Ketua Cawangan UMNO Kuala Pari Hilir dalam tahun 1994. Semasa pertandingan tiga penjuru di antara beliau, Dr. Safri (empunya KLINIK SAFRI HAMIMAH) dan Encik Yusuf Kassim dalam tahun 1994 (jika tidak silap) kerana merebutkan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kinta, beliau telah tewas kepada Encik Yusuf Kassim kerana politik wang.

Hj. Abdul Rahman telah merancang pembangunan penduduk Kg. Seri Aman dan Kg. Batu dan berjaya memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri waktu itu. Oleh kerana beliau telah kalah kepada Encik Yusuf Kassim, pembangunan yang dirancangkan tergendala dan berjalan tidak lancar.

Selaku Ketua UMNO Bahagian, Encik Yusuf Kassim menguasai Ketua UMNO Cawangan yang baru iaitu Encik Khalid yang juga seorang imam dalam Kg. Batu dan Seri Aman. Disamping menjadi imam beliau mneneruskan karier politiknya dan cara ini tidak berapa disukai oleh penduduk kampong tersebut.

Oleh kerana projek pembangunan ini telah diluluskan kepada Principle Properties Sdn. Bhd. maka ia perlu dijalankan walaupun Hj. Abdul Rahman tidak mempunyai kepentingan politik lagi. Maka Real State Sdn. Bhd. mesti dijadikan syarikat usahasama bagi mengimbangi kuasa wang yang bakal diperolehi oleh Hj. Abdul Rahman. Adalah dipercayai En. Yusuf Kassim mempunyai kepentingannya dalam Real State Sdn. Bhd. dengan menggunakan kuda tunggangannya Encik Mohd Khalid.

Apakah nasib seterusnya penduduk setinggan Kg. Batu dan Kg. Seri Aman yang nampaknya semakin tidak aman dan terus membatu akibat percaturan suasana politik kampongan. Penduduk yang cepat sedar telah beralih arah dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Cawangan PAS Kuala Pari. Isu ini mesti ditamatkan oleh Kerajaan Negeri dengan segera. Jangan jadikan sebarang alasan seperti pelan pembangunan yang belum sempurna oleh pihak DBI sebagai motif untuk menjerat penduduk yang rata-rata miskin dan dhaif.

Kerajaan sepatutnya bertindak sebagai pembela, bukan mengarahkan Real State Sdn. Bhd. dan Principle Properties Sdn. Bhd. (anak syarikat PKNP yang juga kroni TSR) menyembelih rakyat melalui pembangunan bersepadu Rancangan Perkampongan Tersusunnya. Tindakan kerajaan sebagai Pembela Rakyat lebih dihormati, daripada Pembela Kroni yang kian dibenci!~MR