APA PERLUNYA SIASATAN DEMI SIASATAN?
Pejabat TPM mengeluarkan kenyataan akan menyiasat laporan yang dikeluarkan oleh Suruhan Siasatan Di Raja yang dilantik. Laporan itu juga akan dijual kepada rakyat. Rakyat membantah tindakan Pak Lah yang terus terusan menyiasat kes gangtser Rahim Noor itu!
Apakah lagi yang mahu disiasat? Mengapa Rahim Noor masih bebas? Jika beginilah agenda pemerintahan UMNO di bawah Mahathir dan Pak Lah akan hancurlah kedamaian di negara tercinta ini.
Rakyat mengharapkan keadilan. Sibacul yang terbukti memukul DSAI tetap bebas. Si Perogol yang menyadap gadis 13 tahun juga masih bebas. Sebaliknya untuk pembela nasib rakyat yang berjuang dari dalam menghapuskan kronisme dan nepotisme dipenjara 6 tahun. Nasib peguam yang membela gadis dirogol menerima 8 tahun.
Malaysia sudah tidak aman. Polisnya bacul dan menyokong konsfirasi. Wahai rakyat bangunlah dari mimpimu semalam. Segalanya ini adalah realiti bukan mimpi lagi. Nyalakan obor perjuangan anda. Marilah kita terus bersatu di bawah panji-panji Islam! Undilah PAS!!~MR
Sumber:mr canggih