PROSES PERBICARAAN JENAYAH REFORMASI AKAN BERMULA
siapa yang masih lagi ingin mengundi Barisan Nasional adalah diingatkan bahawa pilihan anda adalah tidak relevan dan kalaupun anda tidak malu kepada rakyat Malaysia yang lain, maka anda patut malu kepada Tuhan
Bertemu lagi kita semua disemua laman pro reformasi. Saya amat berharap komentar saya ini akan di'publish' di semua laman pro reformasi. Ini amat saya harapkan demi untuk mendapatkan response dari semua reformis.
Saya bukannya seorang 'opportunis' malah bukannya seorang ekstrimis. Akan tetapi saya seakan terpanggil untuk membicarakan satu topik yang saya rasa penting diketahui oleh semua reformis. Masa sekarang adalah masa perjuangan, dan jika ada yang terkorban didalam melakukan perjuangan demi kerana Allah dan keadilan sejagat maka harapnya syahid hendaknya. Akan tetapi kita tidak dapat lari daripada dianayai serta dizalimi oleh mereka-mereka yang berkepentingan serta diberikan kuasa total oleh pemerintah.
Di masa lalu mungkin kita pernah mendengar akan kaum Yahudi yang dizalimi oleh Gestapo dan juga SS Jerman. Memanglah ramai di antara kita yang tidak menyukai orang yahudi, akan tetapi mereka juga adalah manusia dan mereka berhak untuk hidup dengan aman. Akan tetapi kezaliman pasukan Gestapo dan SS Jerman ini telah ditiru dan digunakan kepada rakyat Malaysia tercinta didalam keganasan FRU, PGA dan SB. Akan tetapi mereka ini (Gestapo dan SS) telah diadili didalam satu perbicaraan jenayah perang dimana ramai daripada mereka telah dihukum. Mereka ini telah dikenalpasti oleh ramai saksi-saksi jenayah perang. Oleh yang demikian walaupun mereka bertukar nama dan berpindah dari lokasi sedia ada akan tetapi lama kelamaan mereka dapat jua dikenalpasti dan dihakimi.
Oleh yang demikian begitu juga hendaknya ianya berlaku di Malaysia. Semua reformis yang pernah dianiayai oleh mereka-mereka ini hendaklah mengecam dan mengenal pasti nama, rangking jawatan, kalau boleh camkan muka mereka supaya nanti apabila Kerajaan Alternatif dapat diujudkan maka bolehlah kita menjalankan proses keadilan yang mana kita menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada FRU, PGA, dan SB yang didapati melakukan kezaliman semasa menangani isu reformasi. Seperti contoh, ASP Borhan hendaklah kita bawa dia kedalam perbicaraan kerana dia telah secara tidak beradab mengendalikan kes Abdul Malik Hussien.
Begitu juga kepada Tan Sri Rahim Noor kerana ke'brutal'an dia mengendalikan tahanan (DSAI). Ramai lagi yang sepatutnya dibicarakan. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua reformis supaya membuatkan satu list penjenayah isu reformasi beserta dengan bukti-bukti serta saksi-saksi supaya mereka-mereka ini boleh dibawa kepada penghakiman secepat mungkin selepas tertubuhnya Kerajaan Alternatif.
Kepada semua rakyat Malaysia yang masih normal dan waras (bukannya penyokong Barisan Nasional totok) supaya mengundi parti pembangkang di dalam pilihanraya ini dan pastikan juga setiap pengundi hantu yang diujudkan oleh BN ditangkap dan dibawa kepada polis (pastikan nama dan muka mereka dikenal pasti -sila buat sesi fotografi bagi semua pengundi hantu yang ditangkap) untuk ditahan. Kalaupun mereka ini dibebaskan maka bolehlah kita mengambil tindakan kepada mereka selepas terbentuknya Kerajaan Alternatif.
Barang siapa yang masih lagi ingin mengundi Barisan Nasional adalah diingatkan bahawa pilihan anda adalah tidak relevan dan kalaupun anda tidak malu kepada rakyat Malaysia yang lain, maka anda patut malu kepada Tuhan. Saya pasti saat kehancuran BN makin dekat di mana jika BN dapat dikalahkan pada pilihanraya ini, maka pastinya BN akan terkubur terus dari lipatan sejarah.
Terima kasih saya kepada semua reformis yang berani dan bersemangat. Semoga Allah menerima perjuangan anda semua. Hancurkan BN, Tegakkan Kerajaan Alternatif, Bicarakan Penjenayah Reformasi. Dengan ini saya dengan segala hormatnya mengisytiharkan perang terhadap kezaliman.
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)