'SURAT LAYANG' DIKEHENDAKI?

Pada tahun 1983, saya pernah terbaca surat layang mengenai Mahathir dan kepimpinannya. Dalam surat tersebut menceritakan apa yang akan berlaku sepanjang kerjaya Mahathir sebagai Perdana Menteri. Surat itu saya perolehi dari seorang kawan di mana bapanya adalah 'orang kuat PAS'. Ia ditulis oleh orang yang menamakan dirinya Leftenan Kolonel Haji Adha.

Antara lain sinopsisnya saya cuba berikan, yang saya masih ingat, ialah bagaimana rancangan Mahathir merampas kuasa negara ini dari tangan raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik. Juga diceritakan dalam surat layang itu siapa Mahathir sebenarnya.

Jika sesiapa masih memiliki surat tersebut, sila sampaikan ke ruangan ini untuk tatapan para netters yang lain. Mengapa saya katakan ia perlu diketahui sebabnya pada masa ditulis saya juga kurang percaya dengan dakwaan penulis dan isi kandungan surat tersebut. Namun setelah lebih 15 tahun, saya mulai teringatkan kandungan surat itu dan kebenaran dakwaannya.

MINDA RAKYAT