SATU TINJAUAN UMUM: RATA RAKYAT MEMBANTAH!!
Kita tukar sistem pemerintahan. Kita tolak cara sekarang. Dulu orang berpolitik juga tapi tak macam hari ini. Dalam satu parti ada puak-puak…
Diktatornya Mahathir Mohamad patut dipertanggungjawabkan di atas segala kesusahan yang berlaku ke atas keluarga DSAI, kepayahan mereka, kesengsaraan mereka terpisah selama 6 tahun 6 bulan dan 23 hari….
M
inda Rakyat melalui agen-agen bekerja keras selama 5 hari meninjau pandangan rakyat bawahan (silence majority) berhubung dengan isu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas DSAI dan 'kununnya' rusuhan yang dilakukan oleh para penyokong DSAI yang membantah keputusan itu. Tinjauan ini dibuat secara rambang, namun menepati kesemua golongan lelaki dan perempuan dan melepasi segala peringkat umur iaitu dari 7 tahun hingga 70 tahun dari segenap lapisan masyarakat dan pelbagai kaum. Hasilnya dirumuskan seperti berikut:Soalan:
DSAI dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama 6 tahun. Wajarkah tindakan itu?
Jawapan 1:
Tak patut. Kalau ya pun bersalah ……(75%)
Jawapan 2:
Mereka ada kuasa boleh buat apa saja (22%)
Jawapan 3:
Kasihan….. (3%)
Soalan:
Adakah patut para penyokong DSAI berdemontrasi secara beramai-ramai sebagai membantah keputusan Mahkamah Tinggi itu?
Jawapan 1:
Mestilah para penyokongnya marah. Kalau kita yang kena (macam tuduhan ke atas DSAI hadapi) tiada orang nak membela apa perasaaan kita?…(55%)
Jawapan 2:
Patutnya kita bersabarlah, tapi soal maruah ni .. susah nak cakap … (25%)
Jawapan 3:
Ikut-ikutkan hati , darah muda ni memanglah panas. Mudahan Allah peliharalah mereka-mereka tu.. (20%)
Soalan:
Percaya tak anda DSAI melakukan rasuah kuasa sebagaimana tuduhan?
Jawapan 1:
Susah nak cakap. Pemimpin lain pun sama tapi tidak dituduh!! (35%)
Jawapan 2:
Ramai orang buat silap. Tapi tak dihukum begitu pun! .. (30%)
Jawapan 3:
Kalau mengarah itu rasuah, Tuhan pun rasuah!! (25%)
Soalan:
Apa cadangan anda sendiri dalam menyatakan perasaan anda mengenai keputusan Mahkamah Tinggi dan Sistem Perundangan kita yang sudah jatuh teruk dimata rakyat?
Jawapan 1:
Kita tukar sistem pemerintahan. Kita tolak cara sekarang. Dulu orang berpolitik juga tapi tak macam hari ini. Dalam satu parti ada puak-puak ….. (43%)
Jawapan 2:
Kalau dekat aku mahu ikut reformasi tu. Kadang-kadang geram juga fikirkan soal ni .. (22%)
Jawapan 3:
Pilihanraya nanti usah undi mereka … (35%)
Soalan:
Apakah anda rasa Mahkamah Tinggi adil menjatuhkan hukuman sebagaimana tersebut ke atas DSAI?
Jawapan 1:
Tak ADIL!!!! Tak ADIL!!!! … (66%)
Jawapan 2:
Ya lah. Kalau nak kata adil susahlah nak cakap …. (25%)
Jawapan 3:
Adil? Mana ada keadilan sekarang? … (9%)
Inilah suara majortiti rakyat berhubung dengan isu hukuman penjara 6 tahun ke atas DSAI dan gerakan reformasi rakyat menurut kacamata rakyat bawahan. Berbagai jawapan diberi dalam temuramah secara tidak langsung oleh agen-agen MR dan jawapan itu dirumuskan kepada 3 katogeri sahaja.
Siapa menjangkakan bahawa dengan alasan dan jawapan ini, rakyat bawahan (silence majority) sebenarnya sudah tahu nilai keadilan yang diagong-agongkan oleh pemerintahan regim Mahazalim. Diktatornya Mahathir Mohamad patut dipertanggungjawabkan di atas segala kesusahan yang berlaku ke atas keluarga DSAI, kepayahan mereka, kesengsaraan mereka terpisah selama 6 tahun 6 bulan dan 23 hari. Hukuman sebenar DSAI bukanlah 6 tahun seperti yang dijatuhkan oleh Mahkamah Kanggaru Augustine Paul!!!
*Maklumat tambahan - keterangan didapati daripada seramai 3,993 orang. Bagaimanapun mereka adalah penduduk kampong dan bandar terpencil dalam negeri Perak sahaja. Juga termasuk sebahagian kakitangan Kerajaan tetapi tiada pegawai Kerajaan Kumpulan A dan B
. Majoriti mereka tiada kemudahan internetHAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN
Undilah PAS!!
MINDA RAKYAT