TOKOH MA'AL HIJRAH

Minda Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa Tokoh Maal Hijrah tahun ini selayaknya disandang, insyaAllah mendapat restu oleh rakyat sekelian, oleh …..

DATO' SERI ANWAR B. DATO' HJ. IBRAHIM

Penganugerahan ini mengenangkan segala pengorbanan beliau membela kepentingan rakyat hingga beliau terpenjara, terpisah dari kaum keluarga dan menerima pelbagai tohmahan dan cemuhan pihak pemerintah regim Mahazalim.

Namun disisi pejuang reformasi dan masyarakat Islam negara ini, beliau merupakan pejuang keadilan, penegak kebenaran pemupuk perpaduan ummah melalui melalui proses masyarakat madani dan gerakan pembaharuan yang dinamakan Gerakan Reformasi.

MR amat berterima kasih kepada beliau serta ahli keluarganya di atas pengorbanan mereka. MR berjanji akan melahirkan lebih ramai 'Anwar' sebagaimana yang beliau hasratkan. Semoga Allah merestui beliau dan memeliharanya senantiasa dalam kesejahteraan. Amin!!!!

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

MINDA RAKYAT