CERITA 11 TAHUN LALU

Beratus-ratus orang mengidam untuk menduduki rumah sendiri melalui Rancangan Perumahan Awam Kamunting. Namun setelah 11 tahun berlalu idaman itu masih belum menjadi kenyataan. Agen MR mendengar rungutan dan kelohan penduduk terbabit yang sudah dipotong gaji tetapi masih belum menduduki rumah mereka.

Rancangan Perumahan Awam Kamunting terletak di belakang Balai Polis Kamunting, Taiping, kira-kira 10 kilometer dari bandar Taiping. Projek ini telah dimulakan seawal tahun 1988 dengan kos bernilai RM25,000 seunit. Apabila rumah ini hampir siap, pihak Majlis Perbandaran Taiping mengarahkan kerja-kerja dihentikan atas alasan pelan yang dikemukakan tidak menepati syarat-syarat tertentu.

Biar apa pun alasannya, pihak berwajib perlulah menimbangkan masalah rakyat yang mengidam mendiami rumah mereka kerana disamping gaji dipotong kerana membayar harga rumah secara sewa beli bulanan, mereka juga terpaksa menyewa rumah lain kerana rumah berkenaan belum boleh diduduki.~MR