AWAS TINDAKAN MELAGA-LAGAKAN PENYOKONG REFORMASI!
Media yang berada sepenuhnya di bawah telunjuk rejim Mahazalim akan terus menggunakan segala maklumat yang ada termasuk yang sudah disimpan diperpustakaan masing-masing bagi melaga-lagakan kenyataan DSAI dan para pemimpin pembangkang hari ini.
Tindakan itu telah didahului oleh TV3 apabila menyiarkan semula rakaman percakapan DSAI yang menuduh pemimpin PAS sebagai hipokrit kerana tidak membenarkan wartawan TV3 membuat liputan dalam siri ceramah mereka.
TV3 sebenarnya sudah hilang populariti mereka. Memang tidak dapat dinafikan STMB pada awal pelancarannya lebih sepuluh tahun lalu, merupakan TV swasta yang sangat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Namun berikutan penahanan beberapa tokoh TV3 hingga membawa penahan dalam ISA, menyebabkan TV itu tidak ubah sama seperti RTM. Mereka rela dijadikan alat dan kuda tunggangan Diktator Mahathir dan bersekongkol dengan konsfirasi rejim itu hingga Berita TV3 kian dibenci rakyat.~MR
Sumber: 'Mat Toman'