UMNO MENYANGGAH DEMOKRASI!!

Laungan semangat demokrasi dan perpaduan tulen adalah propaganda UMNO semata-mata untuk mengaburi rakyat tentang betapa luhurnya hasrat parti itu. Di sebalik yang tersurat itu, UMNO menggunakan kekerasan untuk terus mengekalkan kuasa tanpa menghiraukan amalan demokrasi negara ini.

Minda Rakyat dapat mengesan bahawa beberapa orang bekas ahli UMNO yang bergiat dalam PAS telah menerima surat ugutan dari Kementerian masing-masing. Ahli PAS yang enggan namanya disiarkan berkhidmat dengan FELCRA Sg. Siput (U), memberitahu MR bahawa beliau menerima surat ugutan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Di bawah Menteri PLB Anuar Musa) akan diambil tindakan jika terus bergiat dalam PAS.

MR sedang cuba mendapatkan salinan surat tersebut untuk tatapan para netters sekelian dan insyaAllah akan mempamirkannya kemudian. Ini sebahagian bukti bahawa UMNO adalah parti yang tidak selamat untuk diperjuangkan kerana dalam keadaan terdesak sanggup mengugut ahli-ahlinya tanpa menghiraukan perasaan mereka.~MR

Sumber: agen MR