AJK UMNO YANG BERPINDAH PARTI DIUGUT!!

Minda Rakyat mendedahkan bahawa wujudnya pakatan di antara UMNO dan PDRM setelah beberapa orang menerima ugutan pihak SB kerana bergiat aktif dalam parti pembangkang iaitu PAS. Salah seorang yang menerima kunjungan dua orang SB minggu lalu ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng. Beliau telah menjadi ahli UMNO selama 12 tahun dan akhirnya menyertai PAS.

Minda Rakyat diberitahu bahawa hamba Allah ini telah diugut dengan ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan keluarga seperti akan meletakkan dadah dalam keretanya atau dirumahnya, jika terus bergiat aktif dalam PAS. Penyertaannya dalam PAS menurut agen MR lagi, ialah setelah sedar tentang kepincangan UMNO terutama barisan pemimpin atasan (peringkat Majlis Tertinggi) yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa bagi mencapai matlamat nafsu masing-masing, tanpa pertimbangan terhadap hak rakyat.~MR

Sumber: agen MR