INTERNET: MEDAN MEMFITNAH UMNO?
UMNO melalui Pergerakan Pemudanya mahukan tindakan diambil terhadap lebih 34 laman reformasi anti Kerajaan yang masih aktif. Kenyataan itu mencerminkan bahawa UMNO sungguh takut dengan laman reformasi yang kian hari kian membuka pekung di dada mereka.
Sebagai Webmaster yang bertanggungjawab, Minda Rakyat tidak bertindak untuk memfitnah. Sebaliknya memberitahu rakyat supaya menyelamatkan diri dari mangsa kebuasan pemimpin UMNO peringkat rendah dan tinggi. Sesungguhnya dari bukti-bukti yang ada jelas UMNO bukan pembela nasib rakyat sebenarnya. Mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan hati rakyat merampas, merompak serta menjual negara hingga hampir digadai kepada bangsa asing.
Isu khinzir sebagai satu contoh, membuktikan betapa lemahnya UMNO hingga terpaksa tunduk kepada desakan MCA yang mahukan pembelaan di kalangan ahli-ahlinya supaya pembayaran pampasan dibuat kepada ternakan yang dimusnahkan. UMNO sebenarnya menggadaikan negara dan bangsa hingga bangsa Melayu bakal terjajah untuk kesekian kalinya!
Polong_cyber