KERUSI ADUN SELAMA JADI REBUTAN?

Agen MR sempat merakamkan situasi perebutan yang berlaku di antara YB Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dengan YB Mohd Ali Md Isa yang cuba mendapat pengaruh penduduk daerah Selama. Akhir-akhir ini didapati YB Raja Ahmad Zainuddin sering melawat penduduk Selama. Baru-baru ini beliau telah merasmikan sebuah dewan di daerah Selama yang menjadi kawasan ADUN bagi YB Mohd Ali.

Sebelum itu YB Raja Ahmad Zainuddin juga pernah menyampaikan wang hari raya kepada penduduk miskin di Sg. Bayor, Ulu Selama. Kesempatan itu diambil berkemungkinan YB Mohd Ali tidak begitu menumpukan perhatian terhadap anak buahnya. Sumber-sumber dipercayai mengatakan bahawa ada kemungkinan YB Raja Ahmad Zainuddin akan mendapatkan sokongan TSR untuk bertanding di ADUN Selama.~MR

Sumber: agen MR