UMNO PERAK TUBUH 'SPY'

3 April, 1999 - Kerajaan UMNO Perak di bawah pimpinan Tan Sri Ramli menegaskan bahawa segala jentera UMNO akan digunakan bagi mengutip maklumat mengenai fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang terhadap UMNO dan pemimpinnya dalam siri ceramah dan kempen politik yang sedang berjalan.

Semenjak beberapa bulan lalu kempen dan ceramah politik oleh parti pembangkang khususnya PAS begitu kerap diadakan di Perak. Daerah Kinta adalah antara yang sering diadakan. Namun begitu dalam kempen atau ceramah yang diadakan tidak timbul soal fitnah memfitnah seperti dakwaan UMNO. Apa yang sering ditimbulkan oleh PAS hanyalah kesedaran umat Islam tentang kewajipan mereka memberikan sokongan kepada perjuangan Islam dan mentauhidkan Allah. Rakyat juga diingatkan jangan leka dengan program pembangunan anjuran parti yang memerintah sehingga mengabaikan tuntutan sebenar kita terhadap Allah.

Melalui ceramah dan kempen ini juga penerangan diberi berhubung dengan program-program yang membelakangkan kepentingan rakyat.~MR