RAKYAT LEBIH SUKA MENYEPI?

Meninjau perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini diperingkat UMNO cawangan khususnya dalam daerah Kinta, rakyat diperhatikan lebih suka menyepi dari bersuara lantang berbanding sebelum ini. 'Feedback' yang diterima oleh MR daripada agen-agen yang berada dalam kelompok UMNO di beberapa cawangan memaklumkan perkara yang sama.

Umpamanya soal kehadiran dalam mesyuarat UMNO cawangan, kerusi-kerusi telah menjadi 'lapang' dan mesyuarat juga berjalan dengan waktu lebih singkat dan perbahasan-perbahasan usul amat terhad. Umpamanya pada 4 April 1999, agen MR melaporkan dalam mesyuarat UMNO Cawangan Pekan Chemor kehadiran ahli kurang daripada 35 orang berbanding ahlinya seramai 100 orang. Tempoh mesyuarat dikendalikan juga kurang 1 jam.

Dalam perkembangan yang sama, MR dimaklumkan bahawa di antara 100 orang ahli UMNO cawangan tersebut, sekurang-kurangnya 10 orang sudah pun menyerahkan borang keahlian PAS Cawangan Pekan Chemor yang baru ditubuhkan akhir Disember 1998 lalu.~MR