UMNO PERAK MAIN TAKTIK KOTOR!

Tidak hairanlah jika minggu lepas Ketua Bahagian UMNO Kinta, En. Yusuf Kassim ada membuat kenyataan bahawa UMNO Perak, khususnya Bahagian Kinta akan memasang 'spy' bagi mengintip gerakan pembangkang yang didakwanya cuba memfitnah UMNO. Namun apa yang berlaku sebaliknya ialah wujudnya gerakan secara kotor oleh UMNO Cawangan Kuala Pari yang berada dalam UMNO Bahagian Kinta, mengupah beberapa orang pemuda yang dipercayai penagih dadah untuk menurunkan bendera PAS yang dipasang dalam kawasan Kuala Pari.

Walau bagaimana pun bendera yang diturunkan itu dipasang semula oleh ahli PAS dalam kawasan rumah mereka sendiri. Tindakan ini melambangkan UMNO parti yang tidak demokratik dan 'bacul' kerana takut kepada kibaran panji-panji PAS!~MR

Sumber:sahabat reformasi