MEMBALAS BUDI BUKAN TREND BARU

Dahulunya jika anda seorang yang berjasa, maka pihak Kerajaan Negeri dengan senang hati akan memberikan penghargaan kecemerlangan dengan cara yang bersesuaian. Umpamanya, jasa-jasa itu mungkin menyebabkan sesorang itu dianugerahkan bintang kehormat dengan berbagai gelaran.

Apa akan jadi jika seseorang itu terus terusan berjasa, mengikut pandangan dan penilaian kerajaan? Ya, mereka akan diberikan keistimewaan untuk memiliki harta kerajaan menjadi harta sendiri. Lihatlah umpamanya, Dato Habib Mansur, bekas setiausaha Kerajaan Negeri yang bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 20 Februari, 1999 yang lalu.

Beliau menerima sebuah kereta mewah BMW E280 yang bernilai pasaran lebih RM200,000.00 dengan membayar harga paling minima. Dr. Mahathir sendiri khabarnya bakal menerima Mahligai yang akan 'kununnya' membalas jasa beliau kepada rakyat negara ini. Satu lagi perkhabaran di kalangan rakyat bahawa Tan Sri Ramli samada sudah atau dalam proses menjadikan kediaman rasmi menjadi miliknya. Apakah begini caranya membalas budi dan jasa kepemimpinan sekarang?

Rakyat sedar bahawa rompakan cara halus ini perlu disekat, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk merobahnya. Pilihanraya umum sedikt masa lagi adalah waktu yang amat bersesuaian dan amat ditunggu oleh rakyat yang sudah mual dengan rompakan harta rakyat yang berleluasa! ~ MR

Sumber: "mus". Terima kasih