BAGAIMANA UNDI TENTERA DIPEROLEHI
Ada di antara anda yang sudah mengetahui dan ada yang tidak. Bagaimana pun kepada anda yang masih belum mengetahui, saya paparkan cerita seorang teman yang mempunyai saudara kandung berpangkat Timbalan Pesuruhjaya dalam pasukan Polis Hutan (PPH).
'Abang saya sudah lama berkhidmat dalam PPH. Isterinya tak bekerja dan mereka tinggal dalam kawasan kem. Oleh kerana berpangkat TP, maka abang saya mendiami rumah yang agak istimewa. Namun itu tak menarik bagi saya. Cuma kerapkali saya datang kerumahnya, saya akan pergi bermain badminton bersama abang dan kawan-kawannya.
Setiap kali mengundi abang kata dia terpaksa mengikut arahan Pegawai Pemerintah (PP). Hatta berpangkat TP sekali pun abang kata, dia tidak pernah melihat kertas undi. Semua undi termasuk para isteri menggunakan undi pos. PP akan mengarahkan office boy memangkah semua kertas undi bagi kesemua para anggota tentera yang berada di bawah kawalannya. Sudah semesti undi itu adalah undi BN selaku parti memerintah.
Walau pun antara para anggota PPH itu berjiwa pembangkang mereka tidak akan berpeluang mengundi. PP yang akan bertanggungjawab kepada pegawai atasan jika undian yang diharapkan bertukar sebaliknya. Ini bukan cerita bohong', akhir kawan saya itu.
Sememangnya kita tahu bahawa Diktator Mahathir memperkudakan kesemua Jabatan Kerajaan yang berada di negara ini untuk memastikan bahawa BN terus berkuasa. Kisah di atas adalah satu penyelewengan kuasa yang berlaku dalam SPR kerana para anggota tentera tidak dibenarkan mengundi, hatta tidak pernah seumur hidup melihat kertas undi pun!
Namun penyelewengan kuasa itu tidak pernah pun dikenakan apa-apa tuduhan rasuah sebagaimana DSAI yang mahu memelihara keaiban dan maruah sebaliknya menerima tuduhan tersebut. Keazaman menjatuhkan BN dalam pilihanraya amat memuncak apabila kita mengetahui penyelewengan demi penyelewengan berlaku dalam Kerajaan pimpinan BN!
HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN
Sumber: Ustaz 'Reformasi'