RAKYAT DESAK UMNO UMUMKAN AHLINYA

27 April, 1999 - Kalangan masyarakat hari ini menyeru pimpinan UMNO supaya mengumumkan senarai ahli pertubuhan itu kerana mereka bimbang adanya kegiatan meng'ahli'kan rakyat 'tanpa kerelaan' mereka.

Jika benar terbukti bahawa adanya kegiatan UMNO mendaftar ahli tanpa pengetahuan orang terbabit, kemungkinan mereka juga mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pertubuhan itu.

Semalam MR mendedahkan bahawa adanya kegiatan mendaftar rakyat sebagai ahli UMNO untuk mencukupkan 'korum' terutamanya bagi cawangan yang terdesak, bagi mencapai matlamat politik murahan mereka.

Kegiatan itu dikesan di beberapa bahagian UMNO di negeri Perak terutama Bahagian Kuala Kangsar dan Bahagian Pasir Pinji. Aktiviti terbaru mengahlikan rakyat tanpa pengetahuan mereka ialah Cawangan Kg. Pakri, Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar.

Sumber: agen MR