ADUN UMNO BAKAL HADAPI TUDUHAN RASUAH

27 April, 1999 - Seorang ADUN dari parti UMNO yang juga 'exco' Kerajaan Negeri Perak akan bakal menghadapi tuduhan rasuah kerana penyalahgunaan kuasa. Kes ini akan menjadi penentu terhadap kredebiliti UMNO Perak kerana terlalu banyak penyelewengan yang berlaku hari ini dalam pentadbiran kerajaan akibat campurtangan para exco.

Adalah dipercayai ADUN tersebut telah menyalahgunkan kuasanya dengan membuat 'recommendation' secara keterlaluan dalam penentuan pembahagian skim perumahan di negeri ini. Minda Rakyat bakal mengumumkan nama exco tersebut apabila keadaan mengizinkan kelak.

Perkembangan ini adalah ekoran tuntutan penduduk kampong yang tidak puashati campurtangan exco berkenaan hingga menyebabkan rancangan Kampong Tersusun bertukar menjadi sekim perumahan. Ia melibatkan tapak masjid yang sedang dalam pembinaan dalam kawasan seluas 5 ekar di tengah-tengah lokasi yang menjadi kontraversi itu.

Sumber: agen MR