'AJK TINDAKAN KHAS' AKAN BERTINDAK

27 April, 1999 - Sekumpulan penduduk kampong di negeri Perak yang menamakan wakil penduduk mereka sebagai 'AJK Tindakan Khas' akan mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan isu permohonan Rancangan Kampong Tersusun yang bertukar menjadi Sekim Perumahan Bercampur, termasuk akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak.

Menurut jurucakap AJK itu kepada agen MR, dalam tahun 1997 satu permohonan yang lengkap dengan pelannya sekali telah dimajukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak untuk mendapatkan satu kawasan seluas lebihkurang 13 ekar bagi penempatan penduduk setempat dalam Rancangan Kampong Tersusun atas nama JKKK kampong berkenaan.

Selepas 2 tahun iaitu awal tahun ini, Pengerusi JKKK kampong berkenaan menerima surat daripada Pentadbir Tanah Daerah Kinta yang memaklumkan penolakan tersebut kerana diluluskan di atasnya sekim perumahan bercampur.

Beberapa orang penduduk menerima maklumat bahawa ada di antara JKKK kampong tersebut dengan pertolongan seorang ADUN telah menukarkan (menjual kawasan) permohonan hingga ianya diluluskan atas sekim perumahan bercampur. Penyelewengan ini berkait rapat dengan 'penyalahgunaan kuasa' ADUN berkenaan yang mengambil kesempatan di atas kepentingan tertentu hingga menafikan hak penduduk terbabit.

Sumber: agen MR