KEMAKMURAN MASJID AKAN TERANCAM
27 April, 1999 - Imam Besar Masjid Negeri Perak, As-Syeikh Mohd Noor bin Mansur Al hafiz menegaskan kedudukan masjid akan terancam, jika penduduk sekitarnya bukan dari golongan yang akan memakmurkan masjid berkenaan. Perancangan teliti amat perlu di pihak Pentadbiran Tanah agar tidak meluluskan sebarang permohonan yang berupa ancaman terhadap keselamatan dan kemakmuran masjid berkenaan.
As Syeikh Mohd Noor berkata demikian kepada wakil penduduk sebuah kampong di Daerah Kinta yang membantah kelulusan sekim perumahan di sekeliling sebuah masjid yang hampir siap dalam pembinaannya. Beliau juga adalah merupakan Pengerusi Masjid-masjid Negeri Perak.
Imam besar itu seterusnya menegaskan, kemungkinan-kemungkinan masjid akan tercemar oleh najis binatang dan arak adalah besar, kerana penduduk bukan Islam yang tinggal di sekeliling masjid sudah pasti tidak tahu menghormati kesucian ugama Islam.
Sumber:agen MR