ANWAR MANGSA KEKEJAMAN POLITIK

27 April, 1999 - DSWA menyifatkan tuduhan selanjutnya ke atas DSAI sebagai bermotif mahu membunuh karier politik bekas TPM itu. DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara selam 6 tahun ke atas 4 kesalahan penyalahgunaan kuasa yang 'kununnya' beliau telah menghalang penyiasatan polis ke atas tuduhan liwat yang dilemparkan ke atas beliau.

DSWA menyifatkan DSAI sebagai mangsa 'pembunuhan politik' dan sekarang menjadi 'banduan politik'. Beliau juga mempersoalkan mengapa tarikh kuatkuasa tuduhan telah dipinda daripada 1994 kepada 1992.

Kes liwat dan tuduhan sodomi DSAI diperdengarkan semula hari ini.

Sementara itu DSWA akan berlepas ke Manila petang ini.

Sumber: AFP