UMNO PERBODOHKAN RAKYAT MELALUI ISU RUSLAN KASSIM

27 April, 1999 - Kerajaan UMNO hari ini dilihat sebagai memperbodohkan rakyat melalui isu saman ke atas Ruslan Kassim yang 'kununnya' mendedahkan kenyataan palsu berhubung akaun simpanan Megat Junid dalam Bank Israel.

Akaun simpanan merupakan hak peribadi bersifat 'private and confidential'. Mana mungkin orang lain dapat membuktikan kedudukan akaun, melainkan dengan kebenaran khas Bank Negara.

Kedudukan akaun para Menteri dalam kabinet Diktator Mahathir telah disebar luas dengan bantuan 'orang dalam' Bank Negara Malaysia sendiri. Penyebaran maklumat melalui internet (Laman Reformasi Mahazalim) ini banyak membantu ke arah bukti wujudnya penyelewengan dan korupsi dalam pentadbiran Kerajaan UMNO.