DIKTATOR MAHATHIR MELAKSANAKAN DASAR KE'AKU'ANNYA
Kepincangan pimpinan Diktator Mahathir bukan sekadar agenda perbualan masyarakat negara ini. Malah dengan kelebihan dan kepantasan penyebaran maklumat alaf ini, isu tersebut dibincangkan secara globalisasi.
Petikan Akhbar Los Angeles Times bertarikh 24 April, 1999 yang ditulis oleh David Lamb membuktikan bahawa diktator tua itu sedang dalam penghinaan oleh masyarakat dunia keseluruhannya.
Namun atas dasar kebongkakkan Diktator Mahathir, beliau seolah-olah amat 'kebal' dan tidak pernah dalam sejarah kehidupannya memohon maaf dari rakyat atas segala kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan mahu pun sembunyi.
Akhirnya timbulnya beberapa soalan yang menggarap kesimpulan mengapa pemimpin paling lama mentadbir dalam sejarah Asia itu, diminta meletakkan jawatannya ekoran beberapa krisis dalam UMNO, yang bertukar menjadi krisis antara pemimpin dan rakyat serta dunia lain amnya.
Selain dari itu, penulis barat juga sering menggunakan perkataan 'diktator' yang menjadi ungkapan penulis tidak resmi suara rakyat seperti Minda Rakyat, Maha Firaun 2020, Mahazalim dan lain-lain laman seiring perjuangan.
Tanggapan Mahathir terhadap penulis tidak resmi (melalui internet) serta juga penulis barat adalah sama. Situasi ini dilihat kerana dorongan ide dan penulisan mereka hampir sama iaitu mendedahkan kepincangan Diktator tua itu atas dasar keadilan dan kesaksamaan manusia sejagat. Sebaliknya ini dilihat oleh Diktator Mahathir sebagai penentangan yang akan menjejaskan keselamatan negara. Soalnya, apakah Mahathir itu Malaysia? Atau Malaysia itu Mahathir?
Diktator Mahathir dilihat sebagai insan yang angkuh. Persepsi ini menggambarkan beliau seorang diktator 'kuku besi' yang tidak mahu mengalah pada apa-apa jua keadaan. Contohnya, apabila barisan kabinet dalam kerajaannya ditegur kerana rasuah, Diktator Mahathir akan menempelak bahawa korupsi yang berlaku di barat lebih teruk. Kenyataan sebegini secara lanngsung memperlihatkan diktator kuku besi itu mengakui kepincangan yang berlaku.
Diktator Mahathir juga melihat dalam sudut berbeda apabila rakyat bangun membantah keadilan yang berada di bawah telunjuknya. Anihnya, Mahathir seorang diri terlalu sempurna hingga apa pun atau siapa pun tidak mampu mengatasi kedangkalan otaknya berfikir.
Umpamanya, hak rakyat berdemontrasi dinafikan. Hak yang termaktub dalam perlembagaan itu disimpan dengan kemas dan rapi. AlhamdulilLah beberapa pemimpin pembangkang yang mahir dalam perlembagaan negara pantas mencelah dengan penerangan yang sewajarnya untuk kebaikan rakyat. Kita perlu berterima kasih kepada Karpal Singh dalam hal ini.
Rakyat yang berdemontrasi juga diprovok dan diperburukkan imej mereka. Kenyataan ini dapat dilihat dalam tulisan David Lamb apabila beliau menulis kenyataan diktator itu sebagai berkata, "If you look carefully at that picture (on recent magazine cover) you will find that these so-called reformists are people who wear torn clothing, you know, the kind of hippie people who are beer drinkers, with Budweiser on their shirts. I don’t know if its true, but these people claim they were paid to demonstrate."
Diktator Mahathir juga melihat perkembangan pengaruh DSAI sebagai mengancam kedudukan politiknya. Sememangnya dalam politik, 'there can only one, be number one'. Sesungguhnya pengaruh DSAI yang amat besar ini sukar ditolak dengan satu perkataan, iaitu 'anda berhenti (meletakkan jawatan) atau saya pecat anda'.
Walau bagaimana pun atas keangkuhan diktator tua itu juga, beliau seterusnya menegaskan, "He (Anwar) tried to overthrow me. He’s the one who turned the issue into a political problem. The fact is he couldn’t accept that he’s not the first minister to be removed. Others have been removed and found guilty by the courts, even of murder." Keangkuhannya itu sebaliknya menukarkan kenyataan seolah-olah DSAIlah yang tidak mahu menerima kenyataan.
Prasangka Mahathir terhadap rakyat berugama Islam sungguh buruk. Reputasi itu jelas tergambar apabila beliau memprovok rakyat dengan isu 'bunuh Mahathir', agenda senator Ibrahim Ali. Namun Allah tetap memelihara orang-orang beriman dan mereka itu tidak akan mudah untuk ditewaskan begitu sahaja.
Tidak disitu sahaja agenda Mahathir, malah diktator tu itu menjadi penganjur dan penaja kedatangan pasukan kriket Yahudi ke negara ini sedikit masa lalu. Beliau terus memprovokasi rakyat berugama Islam untuk menentangnya. Kenyataannya bahawa kedatangan pasukan itu adalah atas undangannya kerana beliau percaya wujudnya persefahaman (kesesuaian) antara orang Islam dan orang Yahudi. Ini adalah antara kenyataan Mahathir yang boleh dikatogerikan sebagai 'murtad' kerana bercanggah dengan Quran dan Hadis. Bagaimana pun penentuan itu adalah hak Allah.
Mahathir sebaliknya cuba menjadi hero golongan wanita. Maka dengan itu wujudnya satu undang-undang domestik yang mesti diungguli. Percanggahan kenyataan Mahathir dengan ajaran Islam dapat dilihat sekali lagi apabila beliau menolak hukum berpegang tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Akhirnya jurnalis barat itu menyifatkan pemimpin nombor satu Asia sebagai degil dan keras kepala. Andaian itu ada rasinaolnya, yang melihat jauh bahawa diktator itu akan memberikan alasannya, walau pun seribu soalan dikemukakan kepada beliau. Namakan satu soalan yang beliau akan mengaku kalah tidak mungkin akan jadi kenyataan.
Namun kepimpinan Diktator Mahathir terus menerima sokongan sebahagian rakyat Malaysia. Mereka itu sebenarnya masih mempunyai 'igauan' dan harapan untuk menerima faedah di atas ketaatsetiaan mereka.
Biar apa pun kebaikan yang dilakukan Mahathir, termasuk memulihkan ekonomi suatu masa dulu hingga Malaysia antara negara di dunia yang ekonominya berkembang dengan baik, atau perlaksanaan dasarnya yang mengubah sikap masyarakat daripada sifat pemalu kepada agresif dan lainnya, namun budi Mathathir tidak akan disanjung, sekali beliau melakukan kesilapan.
Hanya Allah yang bersifat kekal. Tiap yang baharu mesti berubah. Sebelum menerima padahnya dari manusia atau pembalasan dari Allah, Mahathir perlu bertaubat walau sebenarnya disebabkan keangkuhan manusia, keinsafannya hanya akan berlutut di kaki senja.
Polong saiber
27 April 1999