KEBANGKITAN GELOMBANG PERUBAHAN

28 April, 1999 - DSWA menekankan semasa berada di Manila bahawa, gelombang baru perubahan sedang melanda Malaysia yang membuat rakyatnya telah sedar bahawa perjuangan antara yang benar dan yang salah adalah abadi, tidak relevan dengan kedudukan mereka sekarang.

Ucapannya itu diperdengarkan di hadapan anggota Order of Knights of Rizal yang kemudiannya menganugerahkan beliau hadiah kepemimpinan kepada DSWA yang berbunyi 'tabah dalam perjuangan melawan penindasan dalam bentuk apa pun'.

DSWA menerima hadiah itu, 'atas nama semua perempuan dan laki-laki yang berani di Malaysia, yang dengan teguh membela kebebasan dan keadilan sosial'.

Dengan membawa semangat perjuangan reformasinya ke persada antarabangsa, DSWA menegaskan, 'satu-satunya kejahatan (suaminya) adalah berusaha menyingkap tirai yang menyembunyikan keburukan penyalahgunaan kuasa, korupsi, nepotisme dan kronisme di Malaysia'.