DSWA DIBERI SAMBUTAN HANGAT

28 April, 1999 - Berbeda ketika berangkat dari Malaysia, kedatangan DSWA di Filipina semalam menerima sambutan hangat terutama dari bekas Presiden Corazon Aquino.

DSWA yang memakai baju warna merah muda dan bertudung putih turut diiringi oleh anak sulungnya, Nurul Izzah. Mereka ditemani oleh bekas setiAusaha politik DSAI, Anwar Shaari.

Wan Azizah menegaskan, kunjungannya ini tak akan menyeret Filipina dalam kancah pertikaian dengan Malaysia. Beliau juga menekankan, kunjungannya ini lebih merupakan kunjungan peribadi atas undangan Aquino.

Bahkan Presiden Filipina sendiri, Joseph Estrada, dijadualkan menerima kunjungan DSWA di Istana Malacanang.

"Saya akan memberikan jaminan kepada Pemerintah Filipina bahawa lawatan kami tidak bertujuan menyeret Filipina ke dalam urusan dalaman Malaysia".

DSWA turut menambah bahawa suaminya DSAI adalah "korban banduan kemerdekaan, yang berfikir dan korban terhadap ketidakadilan". Kunjungan DSWA ke Manila lebih merupakan nekad kerana dibimbangi Diktator Mahathir beranggapan ia menggunakan lawatan ini sebagai batu loncatan bagi perjuangan reformasinya.