RAMLI DISERU BELA RAKYAT
Minda Rakyat menerima beberapa teguran daripada rakyat yang mahukan pimpinan negeri Perak supaya tidak mengamalkan sikap 'pilih kasih' dalam apa juga program yang dijalankan untuk faedah anak negeri. Sikap TSR yang lebih mementingkan satu pihak itu dilihat amat merugikan bangsa Melayu kerana setiap keputusan yang melibatkan penganugerahan daripada Kerajaan Negeri Perak akan lebih condong ke 'tangan yang lain'.
"Hakikat ini perlu disedarinya kerana beliau sudah lama memerintah negeri Perak", kata anak negeri yang juga kakitangan Kerajaan. Rata-rata di kalangan masyarakat Melayu di negeri ini sudah jemu akan kepimpinan beliau (TSR) yang asyik-asyik menyebelahi 'tangan yang lain' dalam apa cara juga hingga menjadi ikut-ikutan di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ini meng'istimewa'kan 'orang lain' daripada bangsa sendiri.
Pendirian ini dengan lebih jelas lagi sebagai menolak dakwaan TSR supaya penduduk negeri ini jangan terpengaruh dengan 'golongan kecewa' yang disifatkannya hanya mengaut kesempatan untuk meraih simpati rakyat. Kata-kata TSR itu disiar dalam Titian Mesra yang merupakan Buletin Kerajaan Negeri Perak yang diedarkan bulan ini.
Kata satu sumber lagi, "Kami mahu anak negeri tidak mengalami kekecewaaan dan penindasan sebagaimana yang berlaku pada kami. Biarlah hanya kami jadi korban TSR asalkan yang lainnya mendapat pembelaan sewajarnya. Itulah hasrat kami", tegas sumber itu.
Dalam keputusan yang sering melibatkan exco Kerajaan Negeri, TSR dan kabinetnya sering dilihat sebagai mementingkan pihak yang sanggup ber'kompromi' iatu dengan memenuhi 'political fund' mereka. "Apa hal dengan yang tak berduit untuk 'ufti' tersebut?",soal satu sumber lain?
Petikan kata-kata TSR itu disiarkan untuk tatapan anda para netters.