MAHKAMAH RAKYAT AKAN TENTUKAN
Mahkamah Rakyat akan menentukan kedudukan Diktator Mahathir selepas melakukan pelbagai kezaliman terhadap DSAI dan gerakan reformasi negara ini.
Sambil menyifatkan tindakan itu sama sebagaimana dihadapi oleh penduduk Filpina yang menggulingkan Diktator Marcos 12 tahun lalu, Anwar adalah mangsa sistem yang korup, sistem yang membayangkan selama ini imej Diktator Mahathir yang dihormati sudah hilang perspektifnya, tegas DSWA.
Tindakan Diktator Mahathir lebih disifatkan sebagai mahu memusnahkan karier politik DSAI sepanjang hayatnya. Rakyat Filipina sudah semestinya memahaminya sebagaimana mereka telah berada di bawah sistem pemerintahan diktator Marcos selama 20 tahun dan di Malaysia DSAI cuba merubahnya 'dari dalam.'
DSWA seterusnya merakamkan penghargaan dan sokongan seluruh rakyat Malaysia terhadap beliau dan suami dan PKN adalah lambang 'kuasa rakyat' masakini.
Sementara itu bekas suami Aquino, Benigno Aquino, adalah mangsa korban yang telah ditembak mati semasa pemerintahan regim Marcos.
Dalam perkembangan selanjutnya DSWA menegaskan adalah tidak matang untuk mengatakan PKN akan memenangi pilihanraya umum kali ini, tetapi menyifatkan akan wujud 'pertandingan yang hebat'.
Sementara itu 'kemuncak keadilan' sentiasa mendapat sokongan secara terbuka golongan pertengahan, sabagaimana paparan melalui laman web yang pro-Anwar dalam internet.
"Kita mahu rakyat memilih kerajaan mereka sendiri dalam suasana demokrasi yang sebenarnya", kata DSWA lagi.
Sumber:AFP