DI SEBALIK KATA-KATA PAK LAH

Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik kata-kata Pak Lah yang menyeru semua para Menteri Besar supaya dengan segera membuat keputusan bagi sebarang projek yang berada di peringkat negeri (yakni di bawah kelulusan para exco Kerajaan Negeri)?

Menjadi tradisi UMNO bahawa pilihanraya akan 'mengorbankan' lebih peruntukan bagi menjamin kemenangan yang mahu dicapai. Tradisi ini akan cuba dikekalkan nampaknya dalam pilihnraya kali ini iaitu UMNO pasti akan membeli undi lagi!!

Minda Rakyat mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat bahawa jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan rayuan wang ringgit. Jangan gadai undi anda kerana sejumlah wang yang tak menjanjikan apa-apa.

Apa yang tersirat disebalik kata-kata Pak Lah itu ialah, bahawa UMNO perlu segera mengumpul 'political fund'nya daripada kelulusan yang akan dibuat itu. Sebagai contohnya, pada mesyuarat exco Kerajaan Negeri Perak akhir tahun lalu sebanyak 80 kelulusan konsesi balak telah diputuskan. Hanya 32 masih tinggal yang merupakan 'milik' kroni Tan Sri Ramli dan para exconya di mana daripada kelulusan itu sekurang-kurangnya RM64 juta akan dipungut sebagai political fund yang akan membiayai perbelanjaan UMNO negeri Perak dalam pilihanraya kali ini.

Kelulusan ini tidak termasuk 25 keputusan pemberian pelbagai sekim perumahan bercampur yang juga menantikan saat untuk dilepaskan bagi pengumpulan tabung politik UMNO negeri ini. Mengikut pengalaman lalu, pesanan Pak Lah lebih merupakan tanda dan isyarat bahawa sebenarnya pilhinraya semakin hampir!!

MINDA RAKYAT