MAHATHIR LAKUKAN TAKTIK PECAH DAN TAKLUK

DSWA mengakui, 'terlalu awal' untuk mengatakan apakah partinya akan berhasil dalam pilihanraya umum akan datang. Namun ia pasti mencatatkan dipihaknya memiliki 'peluang bertarung'.

Menurut Wan Azizah, 'iklim ketakutan' mencegah banyak orang untuk secara terbuka menyokongnya. Golongan pertengahan melakukan cara lain seperti membuat laman web Internet pro-Anwar. DSWA menegaskan, akan menentang Mahathir dalam pilihanraya akan datang.

"Kami ingin rakyat memilih pemerintah atas pilihan mereka dalam cara yang demokratis," tegasnya. Pada masa yang sama ia meminta anggota ASEAN mengikut contoh Filipina 'memberikan sokongan moral' meskipun kebijaksanaan untuk tidak campur tangan urusan dalaman negara lain.

Menurut Wan Azizah, Mahathir memberlakukan 'taktik pecah dan taklukan' dengan memainkan isu perbedaan antara etnik Cina dan Melayu. Namun ia menekankan bahwa rakyat Malaysia 'terlalu bijak' untuk terperangkap lagi 'terhadap sogokan seperti itu'.

Sementara itu DSAI dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau telah mendapat maklumat bahwa para pemimpin tertinggi UMNO mahu tuduhan salahlaku seksnya itu dilaporkan intensif dengan tujuan merosak cita-cita politik beliau dalam pilihanraya akan datang.

Sumber: Kompas/AFP