UMNO AKAN HADAPI REVOLUSI DARI DALAM

Sumber yang sahih dan disahkan mengatakan bahawa UMNO akan menghadapi perpecahan sekali lagi. Walau pun perpecahan kali ini tidak melibatkan penubuhan parti baru, namun akan berlaku team A dan team B sekali lagi setelah team B pimpinan DSAI ditewaskan.

Kali ini team B akan diketuai seorang bekas Menteri yang pernah menubuhkan parti serpihan sedikit masa lalu. Sumber memberitahu MR bahawa perjumpaan tertutup telah diadakan antara barisan team B yang juga dianggotai separuh daripada Kabinet Diktator Mahathir yang ada sekarang.

Perpecahan ini dilihat sebagai era baru menggulingkan Diktator Mahathir yang terlalu berkuasa hingga membawa kepada apa yang berlaku hari ini. Sumber itu seterusnya memberitahu, tidak guna kita keluar parti kerana kita marahkan pimpinannya. Apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan revolusi dari dalam dan menyingkirkan Dr. Mahathir

Sumber: AJK Bahagian (Rahsia)UMNO Perak