KRISIS DALAMAN UMNO AKAN MEMUNCAK

Sebagai parti yang terlalu besar dan terlalu berkuasa UMNO pada hari ini seharusnya menerima hakikat bahawa mereka tidak perlu membuat kenyataan melulu terhadap parti pembangkang yang lain, dalam masa yang sama melupakan krisis dalaman parti itu.

Kemuncak kekuasaan yang ada dalam UMNO akan menghadapi zaman getirnya apabila sebahagian ahli parti itu akan berpecah untuk kesekian kalinya bagi menjayakan 'revolusi dalaman' dalam usaha mereka menyingkirkan kediktatoran Mahathir dan melupuskan regim pemerintahannya yang telah berkuasa selama lebih 18 tahun itu.

Ahli UMNO sendiri sedar apa yang berlaku. Mereka tidak akan berdiam diri lagi apabila melihat diktator itu sudah mewariskan penggantinya itu Mokhzani yang juga bakal menerajui Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sifat kediktatoran Mahathir dengan membawa masuk ke dalam kabinet terdiri daripada mereka yang menyebelahinya dilihat oleh puak UMNO yang lain sebagai 'cubaan mengekalkan kuasa' sekali pun diktator itu akan kalah pada pilihanraya umum yang akan datang.

Menyedari hakikat itu, pengumpulan nama ahli dan sokongan mereka kepada team B yang baru, sudah berjalan secara senyap. Ini adalah berkemungkinan persediaan sebagai menggulingkan Diktator Mahathir secara revolusi.

UMNO harus lebih banyak menilai perjuangan dan kemelut dalaman parti itu daripada sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan parti pembangkang yang semakin teguh di arus reformasi politik negara.

MINDA RAKYAT