UMNO MEMBISU TERHADAP ISU 'AHLI PALSU'

UMNO tidak akan mampu berbuat apa-apa setelah rakyat tahu satu lagi skandal penipuan yang melibatkan penyertaan 'ahli-ahli palsu' ke dalam pertubuhan itu. Aktiviti ini dirancang oleh ahli parti berkenaan yang berada di peringkat bawahan sebagai 'batu loncatan' ke peringkat yang lebih tinggi.

Umpamanya sesebuah cawangan UMNO lebih mudah ditubuhkan dengan mendaftarkan sekurang-kurangnya 25 ahli untuk dikurniakan sijil penubuhan cawangan baru. Dengan kesempatan cawangan baru ini, maka wakil-wakil yang dihentar ke mesyuarat bahagian berpeluang untuk memenangi kerusi di exco bahagian.

Namun aktiviti yang sudah lama berakar umbi ini samada disedari atau pun tidak oleh pucuk pimpinan parti atau ahli MT mereka. Sebagai contoh di negeri Perak pernah berlaku persaingan untuk merebut Ketua Cawangan Taman Pertama, Selibin di antara Ketua Cawangannya iaitu En. Mahadir iaitu salah seorang Kaunselor dalam Majlis Bandaraya Ipoh (dikenali sebagai 'Kodek') dengan ahli cawangannya yang berpengaruh, iaitu En. Omar Ahmad (lebih dikenali 'Omar Tebu').

En. Omar Ahmad membawa masuk sejumlah ahli ke dalam cawangan tersebut secara 'seludup' (tanpa diketahui oleh insan berkenaan) untuk meluaskan pengaruhnya dalam cawangan tersebut. Walau bagaimana pun En. Omar Ahmad tidak berjaya. Namun bukanlah ukuran kejayaan itu yang penting. Apa yang lebih penting ialah wujudnya aktiviti membawa masuk secara beramai-ramai ahli masyarakat ke dalam UMNO hingga orang yang berkenaan tidak menyedari namanya sudah diahlikan ke dalam UMNO.

Kes ini tidaklah sebesar mana namun ianya memungkinkan beribu kes seperti ini berlaku dalam bahagian UMNO di negeri-negeri lain. Ini membuktikan bahawa keahlian UMNO sebenarnya tidak 'tulen'. Justeru itulah memungkin ahli seramai lebih 500,000 sebagaimana dakwaan Dato' Najib Razak tidak mendaftar sebagai pengundi sedangkan hakikatnya nama-nama itu mungkin mereka yang tidak bermaya, lumpuh atau wanita dan juga lelaki yang tidak serius dalam berpolitik.

Sumber:agen MR