KEJAYAAN SEMAKIN PASTI
DSWA berucap di Hotel Manila, iaitu ditempat yang sama dengan Puan Aquino memperjuangkan suaminya yang ditembak mati setelah pulang dari pulau buangan, menentang regim Marcos.
Sebelumnya Aquino di hotel itu mengatakan: ''Saya katakan kepadanya (Azizah), saya memahami apa yang dia alami sekarang ini. Kisahnya benar-benar sama dengan apa yang dulu saya alami".
''Saya katakan kepadanya, saya yakin dia akan berhasil. Saya hanya tidak tahu bila. Saya katakan kepadanya, anda harus sabar dan teruskan apa yang anda lakukan sekarang ini''.
Kerajaan Malaysia memprotes keras kunjungan Wan Azizah ke Filipina, salah satu negara anggota ASEAN seperti juga Malaysia.
DSWA memanfaatkan pula kunjungannya di Manila itu untuk berkempen secara demokrasi. Beliau mengatakan akan turut dalam pilihanraya akan datang, sementalahan DSAI tidak dapat mengambil bahagian.
''Jika suami saya tidak boleh ikut bertanding dalam pencalonan pada pilihanraya itu, maka saya akan menggantikannya. Dan saya harus menemui warga negara yang menyokong kerana di tangan merekalah keputusan akhir ditetapkan,'' katanya.
Sumber: Kompas/AFP