PAK LAH JANGAN CARI 'MUSUH'

Kenyataan Pak Lah dihadapan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan pada 29 April, 1999 lalu sungguh memeranjatkan. Sumber menghubungi MR bahawa kakitangan Kerajaan kini jadi mangsa politik murahan UMNO. Tindakan Pak Lah menyelar kakitangan kerajaan yang ikut serta dan gerakan reformasi dan parti pembangkang dilihat sebagai tidak bertempat dan kehabisan modal berpolitik.

Dalam pertemuan itu, Pak Lah menyarankan agar kakitangan Kerajaan yang tidak suka kepada cara dan tindakan Kerajaan menangani isu DSAI, reformasi dan parti pembangkang supaya berhenti sahaja.

Kenyataan Pak Lah itu disifatkan oleh pemerhati politik tempatan sebagai kehilangan 'arah' dalam kempen politik UMNO menjelang pilihanraya ini.

Sumber: mr canggih