KAKITANGAN KERAJAAN YANG RAMAI HADIR!!

Tinjauan Minda Rakyat terhadap sambutan dan kehadiran para pendengar dalam siri cermah umum dan cermah politik oleh PAS di Lembah Kinta sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kakitangan Kerajaan di negeri ini.

Kehadiran secara beramai-ramai ini tidak tertakluk samada betapa hebatnya penceramah yang berucap dalam sesuatu ceramah itu, tetapi selebihnya sebagai mahu mendengar isu-isu terbaru yang sedang berlaku dalam pergolakan politik di Malaysia hari ini.

Umpamanya semalam, MR mendapati lebih 75% kehadiran para pendengar daripada sekitar 2,5000 orang yang hadir di Forum Perdana anjuran Pas Cawangan Pekan Razaki, Ipoh, adalah kakitangan Kerajaan terutamanya di peringkat bawahan. Segelintir dari kumpulan A juga berada di sana semalam.

Ini juga berlaku semasa Mat Sabu berucap dalam Ceramah Politik anjuran Pas Bahagian Gopeng di Perumahan Awam 3, Gopeng, Perak di mana kehadiran sekitar 12,000 orang itu turut serta ialah kakitangan Kerajaan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa kezaliman yang berlaku hari ini tidak ditujukan kepada orang lain, malahan kakitangan Kerajaan sendiri.