SIAPA MAHATHIR?
Minda Rakyat memandang berat tatakelakuan Diktator Mahathir yang terang-terang menyelar ulama dan menghina mereka dengan perkataan 'PAS' sebagai tempat melontar kemarahan. Diktator Mahathir yang baru kembali dari Mekah sewajarnya lebih bersifat ke'haji'an daripada terus terusan menghukum ulama dengan perkataan 'kununnya' mereka menjual ugama melalui penafsiran alQuran yang salah.
Minda Rakyat ingin bertanya, siapakah Mahathir yang perlu rakyat bergantung 'kepercayaan' untuk mendalamai ilmu ugama dan siapakah ulama yang dikejinya? Apa yang nyata kepada rakyat Malaysia ialah bahawa Mahathir telah menjual Malaysia kepada pihak tertentu hingga hutang negara kini berjumlah lebih RM103 bilion. Mahathir adalah perompak harta rakyat dan pengkhanat negara, bukan ulama pewaris nabi.
Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan pelbagai helah Mahathir. Rakyat telah tahu agenda Mahathir seterusnya. Taubatlah Mahathir, sebelum terlambat. Sebagai seorang Islam saya ingin melihat anda sujud dengan penuh keinsafan dan jangan lagi mengkeji ulama biar pun mereka dikalangan parti pembangkang, kerana ulama tetap ulama. Ulama adalah pewaris nabi-nabi!!
Polong cyber