AJK BERTINDAK KIAN GHAIRAH

1 Mei, 1999 - Pasukan AJK Bertindak yang ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah institusi masjid yang menimbulkan kontraversi penduduk negeri ini, kian terdesak melalui persetujuan majoriti penduduk kawasan berkenaan supaya membantah kelulusan tersebut.

Bantahan dalam bentuk memorandum itu akan disiapkan secepat mungkin dan akan dimajukan kepada pihak tertentu supaya Islam dapat dipelihara maruahnya melalui institusi masjid yang makmur dan terpelihara.

Memorandum bantahan rakyat dijangka akan disampaikan kepada YB TPM Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB Menteri Besar Perak, Pengarah Tanah Galian Negeri Perak dan kepada Paduka Seri Sultan Perak oleh AJK Bertindak berkenaan.

Beberapa hari lalu Minda Rakyat telah membongkar kes penyelewengan kuasa seorang ADUN yang menggunakan kuasanya memberikan 'recommandation' supaya sebidang tanah seluas 13 ekar diluluskan kepada pemaju Syarikat Pembangunan Sinar SKS Bhd. dalam tahun 1998.

Bantahan rakyat adalah jelas supaya syiar institusi masjid itu tidak ditenggelamkan dalam arus pembangunan negara. Rakyat tempatan juga kesal bagaimana pihak tertentu meluluskan sekim perumahan tersebut tanpa mengambilkira perasaan dan kesensitivitian umat Islam.

Sumber: agen MR