MAHATHIR AKAN SERAH JAWATAN?

Diktator Mahathir dalam usahanya memenangi hati rakyat semalam mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan PM kepada DSAB dengan syarat Abdullah Badawi sudah bersedia.

Ulangi kata-kata bohong diktator itu adalah secara 'terdesak' apabila beliau mendapati sambutan terhadapnya dalam apa jua acara yang dianjurkannya. Melalui siaran secara langsung NTV7, pada 1 Mei 1999 lalu sambutan rakyat tetap 'dingin' meskipun publisiti keseluruh negara dibuat agar menyambut kedatangan beliau ke Kubang Pas(u). Apa jelas kepada kita rakyat Malaysia hanya berapa kerat yang 'terpaksa' datang untuk memenuhi sebahagian dewan bagi acara siaran secara langsung itu

Melalui janjinya kali ini Diktator Mahathir berharap rakyat akan percaya dan beliau akan berjaya menarik penyokong DSAB untuk mengundi UMNO pada pilihanraya kali ini. Rakyat pasti menolak BN kerana sudah 'muak' dengan janji diktator tua setua 73 tahun itu.

Sumber:AFP
3 Mei, 1999