MAHATHIR 'PULIHKAN' EKONOMI
Diktator Mahathir meneruskan lakonan politiknya dengan mengatakan bahawa beliau tidak mahu jadi PM seumur hidup dan masih popular hingga kini.
"Saya tidak berniat menjadi Perdana Menteri seumur hidup," katanya. Diktator itu kemudiannya menuduh Anwar Ibrahim sebagai punca kegawatan ekonomi berlaku kerana menaikkan kadar faedah pinjaman.
"Ketika saya menyedari bahwa dia (Anwar) tidak tahu masalah ekonomi, saya tidak meletakkan jawatan," kata Mahathir dengan menambahkan bahawa tindakan yang dibuat Anwar dalam menangani masalah ekonomi dilakukan tanpa persetujuan kabinet.
Diktator Mahathir dengan 'partner'nya (Tun Daim) yang mengaku pandai dalam strategi memulihkan ekonomi negara bagaimana pun hingga hari ini masih terus berjanji dengan kata-kata ekonomi akan pulih. Apa yang 'relevan' kepada rakyat Malaysia ialah hutang negara terus meningkat dan pemulihan ekonomi sebenarnya masih belum jadi kenyataan.
Sumber AFP
3 Mei, 1999