MAHATHIR- ESTRADA MAKIN 'PANAS'

Hubungan Mahathir-Estrada semakin panas dan tidak dapat dielakkan lagi. Semalam Diktator Tua itu mengecam sikap Estrada yang menerima kunjungan DSWA ke Manila baru-baru ini.

Menurut Mahathir, penerimaan oleh Estrada di Istana Malacanang itu adalah bukti adanya kerjasama untuk 'menjatuhkan' pemerintahannya. Dalam hubungan Mahathir menyifatkan DSWA sebagai boneka pemimpin asing seperti Estrada.

Mahathir mendakwa para pemimpin negara asing melalui boneka tempatan, tidak berhak menentukan masa depan bangsa ini. Kedaulatan negara ini akan dipertahankan hingga nafas terakhir.

Diktator Mahathir mengingatkan rakyat bahawa apabila penyelesaian masalah dalaman Malaysia bergantung kepada negara lain, kemerdekaan Malaysia akan berakhir. Mahathir seterusnya mendakwa DSWA cuba menyelesaikan masalah dalam negara dengan mencari bantuan asing, lapor reuter.

3 Mei, 1999