UMNO SUDAH MULA 'MEMBELI' UNDI

Maklumat yang sampai ke Minda Rakyat mengatakan bahawa UMNO Perak sudah memulakan aktiviti membeli undinya bagi memastikan mereka memenangi pilihanraya umum kali ini. Pusat kegiatan beberapa 'orang kuat' UMNO ialah di Hotel Casuarina, Hotel Excelsior dan Hotel Syuen.

Maklumat yang diperolehi mengatakan Ketua-ketua Cawangan juga AJK cawangan yang dipilih khas (layak dipanggil barua) mesti memilih sepuloh orang untuk dijadikan mangsa mereka. 'Barua' UMNO akan melayan mereka termasuk berbelanja apa sahaja ke atas sepuloh orang mangsa berkenaan asalkan mereka komited untuk memangkah BN dalam pilihanraya umum nanti.

Tinjauan Minda Rakyat mendapati aktiviti yang berjalan termasuklah berdangdut, minum arak dan juga dibekalkan perempuan untuk habuan nafsu serakah masing-masing. Mereka yang terikat dengan aktiviti ini akan diugut kemudiannya untuk dibocorkan pembabitan mereka ini kepada masyarakat sekiranya enggan mengundi BN.

Sumber: AJK Bahagian UMNO ******