DEMAM PILIHANRAYA SUDAH TERASA
Demam pilihanraya sudah mula terasa walau pun berbagai pihak termasuk UMNO sendiri menafikan pilihanraya akan diadakan dalam waktu terdekat. Minda Rakyat pernah diberitahu oleh orang yang paling hampir dengan MB Perak, bahawa pilihanraya akan diadakan dalam bulan Jun 1999.
Minda Rakyat dapati jika keadaan sebegini sibuk dengan aktiviti kempen di sana sini, dakwaan 'orang kuat' TSR itu ada kebenarannya. Ide pembubaran Parlimen sudah pasti menjelma dalam fikiran Diktator Mahathir yang nampaknya juga secara tidak langsung aktif berkempen.
UMNO samada sedar atau tidak, menggunakan pelbagai cara untuk mengaut kembali undinya yang bertaburan di sana sini dan dikutip oleh parti-parti pembangkang. Adakalanya 'kekerasan' dan 'ugutan' digunakan.
Ia telah dimulakan oleh Dato' Najib terhadap guru-guru dan pelajar universiti. Kemudian KSN turut memberikan amaran kepada kakitangan kerajaan jangan terlibat dengan gerakan anti kerajaan dan reformasi. Pak Lah di Ipoh pula menyusul dengan kenyataannya yang berupa 'amaran keras' bahawa kakitangan Kerajaan yang terbabit dengan parti pembangkang akan dipecat.
Nampak Diktator Mahathir juga 'menyerang' DSAI setelah dikunci mulutnya dalam penjara Kajang dengan kenyataan kontraversi bahawa kroni DSAI hidup mewah di lura negara. Sebelum itu Diktator Mahathir juga membuat kenyataan bahawa 'tidak akan memecat' kakitangan kerajaan yang terlibat dengan parti pembangkang, sebaliknya harus memujuk mereka.
Semua petanda-petanda ini adalah cara UMNO ntuk memenangi pilihanraya kali ini setelah menyedari undi mereka telah merosot. Hari ini Pak Lah pula menafikan bahwa sokongan terhadap UMNO telah merosot. 'Kununnya' UMNO masih diperlukan. Ini semua petanda pilihanraya makin hampir.
Kepada rakyat Malaysia, pilihanraya adalah hanya satu cara anda hendak merubah kerajaan yang memerintah. Sekiranya anda salah perhitungan, maka kita akan menanggung sengsara selama 5 tahun lagi dan mungkin selamanya jika perlembagaan dipinda untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
Rakyat Malaysia juga sedar apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO yang memerintah dengan zalim. Namun mereka selalu putus asa dan berkata bahawa tidak ada daya upaya untuk menghalangnya.
Minda Rakyat mengajak anda berfikir sekali lagi untuk kebaikan seumur hidup, bahwa anda sebenarnya mampu merubah keadaan yang wujud sekarang. Jika lidi sebatang boleh dipatahkan dengan mudah, bagaimana jika seberkas. Tentu ianya amat sukar dipatahkan.
Kerjasama erat antara rakyat perlu ditingkatkan. Jangan tinggal sendirian melamun dan membiarkan orang lain merosakkan masa depan kita dan anak-anak kita. Lakukan sesuatu dan bermasyarakat. Tindakan sendirian tidak akan kemana.
Cuba anda dekati saudara mara dan sahabat anda dan berbincang berkenaan parti yang harus dipilih kali ini. Fokuskan perbicaraan anda kepada apa yang telah berlaku dalam UMNO yang kelam kabut, fitnah memfitnah dan merompak harta rakyat daripada wang LUTH, Petronas, KWSP dan lain-lainnya.
Juga jangan lupa isu 'political fund' UMNO yang diperolehi daripada harta negeri seperti tanah yang dijual kepada 'tangan yang lain' juga konsesi balak kepada 'kroni' sahaja. Paling utama kisarkan perbualan anda kepada peristiwa mata lebam DSAI yang membuktikan bahwa polis adalah samseng Kerajaan. Juga peristiwa bagaimana anda terkena belantan FRU dan semburan air 'clorox'. Jangan lupa bahawa Kerajaan hari ini akan lebih menzalimi anda seandainya mereka memenangi pilihanraya dan kembali berkuasa.
Ingatlah bahawa sesungguhnya peranan anda sangat mustahak. Kepada anda para netters saya juga merayu sumbangan maklumat yang penting sebagai strategi kita menjatuhkan Kerjaan BN hari ini. Jika anda tahu sebarang maklumat yang menyokong kepada kejatuhan BN sila email kepada polong_cyber@email.com . Ingat setitik peluh anda hari ini bakal menentukan samada, ada atau tidak penghilang dahaga anda esok hari.
Akhirnya Minda Rakyat memohon anda luangkan sedikit 'extra time' untuk melawati laman-laman reformasi yang wujud dan sampaikan maklumat kepada mereka yang tiada kemudahan ini. Bersamalah kita meruntuhkan kezaliman dan taghut.
HAPUSKAN KEZALIMAN, TEGAKKAN KEADILAN
Undi PAS, PAS, PAS, PAS, PAS!!!!!!
MINDA RAKYAT