ANWAR MAHU JAWATANKUASA BEBAS SIASAT MAHATHIR!!!

DSAI mahu diwujudkan satu Jawatankuasa Bebas untuk menyiasat kesemua projek Kerajaan dan pemberian saham-saham korporat. DSAI juga mencabar Diktator Mahathir supaya mengumumkan syarikat-syarikat perniagaan anak-anaknya. DSAI berkata sepatutnya Mahathir mengistiharkan beratus-ratus syarikat yang dimiliki oleh anaknya Mirzan dan Mokhzani kepada pengetahuan umum.

DSAI menggesa Diktator Mahathir menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat kesemua projek penswastaan dan juga pemberian saham dan kontrak. Pemimpin-pemimpin negara juga hendaklah mengistiharkan harta mereka terutamanya Diktator Mahathir sendiri, ahli keluarganya, termasuk akaun bank samada di dalam mahupun di luar negara.

Komen ini adalah sebagai menjawab kenyataan Diktator Mahathir awal minggu ini yang menuduh DSAI terlibat dalam mengkayakan kroninya melalui pemberian kontrak, sehingga menikmati kehidupoan mewah di luar negara. DSAI juga mencabar Mahathir supaya membuktikan tuduhannya.

Sementara itu 4 pemimpin parti pembangkang terdiri daripada DSWA (PKN), Dato' Fadhil Noor (PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan Dr Syed Husin Ali (PRM) menyokong penuh kenyataan DSAI yang mahukan pemimpin negara mengistiharkan harta mereka dan keluarga, termasuk semua menteri-menteri kabinet. Mereka juga sepakat mahukan Mahathir mengumumkan 'kroni' yang didakwanya menerima faedah semasa DSAI berkuasa.

Dalam kenyataan bersama mereka menyifatkan Diktator Mahathir memperalatkan media untuk membunuh karier DSAI tanpa membenarkan beliau mempertahankan dirinya.

Sumber:AFP
4 Mei, 1999