SISTEM KEADILAN MALAYSIA TIDAK TELUS
Hakim Abdul Wahab Patail semalam melarang sebarang kenyataan oleh pelbagai pihak menjelang sessi perbicaraan yang akan diperdengar pada 7 Jun terhadap kes liwat DSAI.
''Tak ada penasihat, orang atau parti yang boleh memberikan komen, pernyataan atau temubual sehubungan dengan proses pengadilan,'' ujar Abdul Wahab.
''Hanya bukti-bukti kukuh atau pernyataan resmi yang boleh diterbitkan. Bila wartawan dari media mana pun yang melanggar aturan ini, maka ia akan dihalang mengikuti persidangan peringkat selanjutnya.''
Demikianlah sistem keadilan Malaysia yang berbau politik dan tidak telus. Tujuan sedemikian jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes ini untuk memerangkap DSAI pada kesekian kalinya.
Para webmaster semestinya jadi tumpuan rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk sedikit maklumat pembakar semangat perjuangan.
MINDA RAKYAT
5 Mei, 1999