PEMBUNUH KAREKTOR 'ALA MAHATHIR'
DSAI tidak berpeluang menggunakan media bagi menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Diktator Mahathir terhadap beliau.
Semalam DAI disifatkan sebagai berkata, "Jika memang benar Mahathir bersih, tidak korup dan tidak menyalahgunakan kuasanya, (ia harus) mengumumkan kepada sebuah jawatankuasa bebas semua aset yang dimiliki para pemimpin, termasuk aset bekas menteri dan kepentingan anggota keluarganya serta akaun bank di dalam dan di luar negeri".
"Saya mencabarnya untuk mengumumkan semuanya dan membuktikan bahwa saya telah memberi keuntungan kepada seseorang," tegas Anwar.
DSAI memberikan komennya itu ekoran tuduhan Mahathir awal minggu ini yang menyatakan bahwa kroni DSAI menerima sejumlah kontrak bernilai lebih RM230 juta dan mampu hidup mewah diluar negara.
Mahathir mencurigai salah seorang kroni Anwar, mengumpul harta tersebut dalam usaha mereka untuk menggulingkannya. Mahathir yang disifatkan oleh parti pembangkang sebagai 'pembunuh karektor' DSAI mahu Diktator Tua itu menamakan kroni tersebut. Dalam ucapannya yang disiarkan pada hari Selasa, Mahathir berulangkali mengatakan mengetahui banyak lagi yang mendapat faedah semasa Anwar berkuasa.
Sumber: Reuters/AFP/Ant/sep
5 Mei, 1999