KERAJAAN TIDAK TELUS TERHADAP MAHATHIR!

Dua orang anak lelaki Diktator Mahathir menerima kontrak projek penswastaan kerajaan tahun lalu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fauzi Abdul Rahman yang memberitahu Parlimen, satu daripada projek berkenaan merupakan pelaburan ekuiti dalam Konsortium Perkapalan Berhad bernilai RM103.78 juta.

Mirzan Mahathir memiliki 49.49 peratus ekuiti dalam Konsortium Perkapalan Berhad tersebut yang merupakan pemegang saham terbesar. Jawapan bertulis ini diberikan sebagai menjawab pertanyaan bekas TPM DSAI yang sedang menjalani hukuman penjara 6 tahun mulai 14 April, 1999 lalu.

DSAI yang digantung kehadirannya sebagai ahli parlimen mahukan Diktator Mahathir mendedahkan jumlah kos projek yang diluluskan kepada anak-anaknya.

Fauzi berkata, satu projek lagi ialah penswastaan perkhidmatan bekalan hospital kawasan selatan yang diserahkan kepada Tongkah Medivest Sdn. Bhd. di mana Mokhzani Mahathir memiliki 13.19 peratus saham

Dalam perkembangan semalam, DSAI telah meminta sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat kesemua pemberian projek kerajaan dan saham-saham korporat.

Sumber: AFP
5Mei, 1999