MEDIA GADAI MARUAH NEGARA!
Keangkuhan media menuding jari ke satu pihak merugikan banyak pihak yang lain. Selain daripada menanggung risiko jualan akhbar yang merosot atau menerima jumlah tontotan yang kurang, media nampaknya lebih gemar melindungi Diktator Mahathir dan kroninya daripada apa jua serangan yang dilemparkan oleh rakyat samada melalui cara rasmi atau tak rasmi termasuk internet.
Media yang bersifat begini memiliki taraf 'barua' atau anjing Kerajaan BN kerana melakukan apa sahaja untuk pemerintah, walau pun tindakan mereka salah di sisi Tuhan, kerana melindungkan kebenaran atau yang 'hak' manakala dalam masa yang sama media bertindak sebagai penyebar fitnah kalangan tertentu untuk menghentam golongan yang lain pula.
Umpamanya media langsung tidak menyiarkan gesaan DSAI yang mahukan Diktator Mahathir dan keluarganya, pemimpin negara termasuk Menteri-menteri Kabinet disiasat oleh jawatankuasa bebas.
Media juga berdiam diri dari memaparkan isu pembahagian projek Kerajaan kepada anak Mahathir, iaitu Mirzan dan Mokhzani. Media bersikap demikian seolah-olah merestui Mahathir menggunakan kuasanya merompak harta kekayaan negara untuk dimasukkan ke dalam koceknya sendiri atau kroni-kroninya.
Sebaliknya media, lebih gemar menyebar fitnah. Fitnah terbaru media ialah 'kununnya' kroni DSAI menerima kontrak RM230 juta dan hidup mewah di luar negara. Tindakan media itu, menerima pelbagai reaksi positif rakyat yang sedar bahawa media hanyalah alat propaganda Mahathir dan penyambung warisan Perompak Wang Negara hingga akhirnya Malaysia akan bangkerap oleh tangan-tangan yang rakus ini.
Minda Rakyat akan sedaya upaya membawakan informasi terkini berhubung dengan isu-isu sebegini untuk tatapan rakyat seadanya. Dapatkan maklumat dan informasi terkini dengan anda memberikan perhatian kepada semua laman web reformasi.
MINDA RAKYAT
5 Mei, 1999