POLITICAL FUND CARA UMNO ROMPAK WANG RAKYAT
Politik wang dalam UMNO telah dipelopori oleh Diktator Mahathir bagi memastikan kemenangannya menentang Tengku Razaleigh dalam Perhimpunan Agong UMNO dalam tahun 1987, kata bekas Setiausaha Kerja UMNO Perak.
Sebelum itu menurut beliau perjuangan dalam politik UMNO sungguh menyeronokkan. Sambil mengakui wujudnya 'political fund' dalam pemberian dan kelulusan projek-projek Kerajaan, sebagai Setiausaha Kerja UMNO, beliau sendiri yang akan mengaturkan pembeli dan pengurusan political fund tersebut.
Tuan Haji Samiran Kasmon adalah bekas Setiausaha Kerja UMNO Perak yang menghadapi perselisihannya dengan Tan Sri Ramli selaku Pengerusi BN, yang diakuinya TSR sering mengganggu beliau berhubung dengan 'political fund' yang mahu diistiharkan dan ada yang terpaksa digelapkan. Beliau kemudiannya melepaskan jawatannya itu dalam tahun 1987.
Minda Rakyat menyifatkan pengisian tabung politik UMNO adalah satu cara rompakan wang rakyat secara halus untuk mengekalkan kuasa UMNO dengan cara menggunakan wang tersebut merasuah pengundi-pengundi apabila pilihanraya menjelang tiba. Rintihan rakyat berhubung dengan kegagalan mereka untuk menyertai sebarang projek atau anugerah konsesi balak dan tanah terjawab sudah dengan amalan 'political fund' UMNO yang hanya akan mengutamakan golongan yang mampu menghulurkannya.
Benarlah kata sebilangan besar rakyat negeri ini, situasi ekonomi yang berat sebelah hanya akan mengkayakan golongan yang berada, manakala miskin tetap miskin.
Sumber: agen MR
6 Mei, 1999